Kelebihan membaca surah Al Mulk

0

Surah Al Mulk mempunyai kelebihan iaitu boleh memberi syafaat dari azab kubur kepada sesiapa yang ingin membacanya setiap malam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, katanya:

مَنْ قَرَأَ {تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ} [الملك: ١] كُلَّ لَيْلَةٍ مَنَعَهُ اللهُ بِهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَكُنَّا فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُسَمِّيهَا الْمَانِعَةَ، وَإِنَّهَا فِي كِتَابِ اللهِ سُورَةٌ مَنْ قَرَأَ بِهَا فِي كُلِّ لَيْلَةٍ فَقَدْ أَكْثَرَ وَأَطَابَ

Maksudnya: “Sesiapa membaca ‘تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ‘ setiap malam, Allah akan melindunginya daripada azab kubur. Pada zaman Rasulullah SAW., kami menyebutnya sebagai ‘al-Mani’ah’ (yang melindungi). Sesungguhnya ia adalah satu surah dalam Kitab Allah. Bagi sesiapa yang membacanya setiap malam, ia adalah banyak dan lebih baik.”

Riwayat al-Nasa’i (10479), dan dinyatakan hasan dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1475).

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.

Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. – (Riwayat al-Tirmizi, No. 2890)

Justeru, marilah kita sama-sama melazimi dan mendalami erti serta makna dari maksud surah Al Mulk ini semoga kita mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Al-Quran dan Terjemahan
  2. #3697: Baca Surah Al Mulk Sambil Baring Sebelum Tidur. Maktabah Al Bakri
  3. Surah Al Mulk & Terjemahannya – Kelebihan Mengamalkannya. eCent

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *